Polis akan mendedahkan identiti lelaki dalam video seks, yang didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang, jika perlu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bbakar berkata, kertas siasatan kes itu sedang dikemas-kini sebelum diserahkan semula kepada Jabatan Peguam Negara.

Siasatan polis ketika ini lebih menjurus kepada Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menayangkan video lucah kepada umum.

DATUK KHALID ABU BAKAR/ TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
“Itulah yang saya cakap tadi.. biar kita jalankan siasatan kita dulu di bawah seksyen 292 dan apa juga perlu didedahkan akan kita dedahkan. Kalau tak perlu dedahkan kita takan dedahkan..semuanya dalam siasatan”

Ditanya mengapa kertas siasatan itu dikembalikan semula jabatan peguam negara kepada polis, Datuk Khalid berkata, ia diperlukan bagi polis menambah maklumat.

Video seks didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu didedahkan trio, Datuk T kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Leave a comment