Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Dalam masa yang sama enteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz.

Shahrizat sedih kementerian tak sempat bantu Ashraf

30/07/2011 12:43pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata, kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

“Kita dari mula lagi kita amat rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

“Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutama kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya

Advertisements

2 responses »

  1. cytro4 says:

    Pak DIn,
    Semoga keluarga arwah tabah menerima ketentuan Allah terhadap mereka… Paling seronok baca kenyataan Kak Ijat.. sentiasa terhantuk baru nak terngadah… saya hantar sms tentang OKU pun haram tak balas…lainlah kalau ok noted tq atau saya yang minta untuk peribadi… patutlah…jadi lagu tu…

    tq!!

  2. Sherry says:

    Salam semua trutma kpda masyarakat d luar sna bimbingi la golongan sprti kami skiranya Allah menghidupkan kaum Hawa/Adam ttp knpa kmi ……….Mampukah masyarakat skrg menarik minat golongan tersebut untuk mendalami Agama Islam yg tercinta…..
    Kemana arah tuju skranya golongan ini tersesat,fahami lah/kasihani lah …….
    Fikirkan & Renungkan lah

    TQ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s