لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه فإن غم عليكم فاقدروا له

Maksudnya: “Janganlah kamu berpuasa (Ramadan) kecuali kerana melihat anak bulan dan janganlah kamu berbuka (Syawal) kecuali kerana melihatnya. Maka sekiranya berlaku kekaburan (cuaca mendung), maka tentukanlah ia menggunakan hitungan.”3

Samada anak bulan kelihatan atau tidak semasa pencerapan hari ini, besok umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadan AlMubarak kerana kalau mengikut hisabnya sebantar lagi cukup hitungan 1 Ramadhan…

Semuga amalan kita sentiasa diterima Allah. Gunakan lah bulan mulia ini bagi membuat amal kebaikan sebanyak mungkin.

Antara kelebihan bulan Ramadhan nieh adalah ;

  1.  Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  2. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  3. Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  4.  Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  5. Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  6. Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa
  7. kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

 

Lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Niat Solat Sunat Tarawikh:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s