Allahyarham Mohs Asraf

Jenazah Mohd Ashraf Hafiz,26 selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.

PILU... Mak Yah reda dengan pemergian anaknya ketika menunggu jenazah anaknya luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s